Thursday, March 12, 2009

Permohonan Untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ambilan Julai 2009

Salam

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

dan juga sesiapa yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Julai 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Julai 1989 dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan

Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik atau Matematik Tambahan
d. Sejarah
e. Fizik atau Kimia atau Biologi atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau
Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan, dan
f. Satu mata pelajaran lain

Anda ditawarkan untuk membuat Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009(KPLSPM). Kursus ini akan dijalankan di Institut Perguruan Guru Malaysia yang mempunyai kampus di seluruh Malaysia..

Sila klik pada link Kementerian Pelajaran Malaysia
Link pada laman utama permohonan

Untuk memohon dan melihat syarat - syarat yang diperlukan sila klik pada
Pengenalan Permohonan
Maklumat Permohonan
Borang Permohonan
Semakan Permohonan


Sebab apa saya buat entry ni sekali lagi? sebab hari ni result spm dah keluar..
sekarang ni macam saya ngah promote masuk maktab plak..orang baru kenal pun kalu dalam umur 18-20 tu mesti saya suh minta maktab ni..kawan saya cakap macam saya ni jurujual insurans lak, sapa masuk saya dapat komisen..hehee..xlah, sebabnya saya ikhlas nk tolong promote..siap nk tlg isikan borang lagi tau..dan saya pun ngah happy sebab sepupu saya dapat straigth A's.. tapi dia dah ada kt mesir nu..dulu rasa macam xyakin gak kt dia..bukan dari segi akademik tapi dari segi kehidupan dia, sosial dia..xpernah kuar rumah tiba2 pg mesir sana..tp macam sekarang dia dah ok, dah pandai duduk dgn kawan2..
so, tahniah buat kak cik..

0 comments: