Sunday, April 25, 2010

Permohonan Untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ambilan Julai 2010

Salam

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009


KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Md Kursus : Sepenuh Masa
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2

Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.

2.3

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
2.5.1 Bahasa Melayu
2.5.2 Sejarah
2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
2.6

Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)

3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

Semua maklumat diatas adalah diambil daripada laman web kementerian pelajaran malaysia

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada :
1. maklumat permohonan
2. kalendar perancangan aktiviti program
3.contoh borang permohonan
4. e-panduan borang permohonan


author's note:
Sebagai pelajar IPG , saya juga ingin membuat promosi atau pun sekurang - kurangnya mewar - warkan di dalam blog saya tentang kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru Malaysia ni, tetapi kerana kekangan pratikum ,saya xdapat membuat post tentang tawaran ini. saya tgk yang masuk blog saya ramai yang tahu keputusan sama ada dapat temuduga atau tidak. so, saya akan buat post tentang ni.. adik - adik yang bakal memasuki ipg kelak, boleh lihat aktiviti kami sebagai guru pelatih.. blh tgk kt blog kedua saya, klik sini dan juga face book..


0 comments: