Tuesday, May 19, 2009

untuk terakhir kali

saya suka lagu marsha yang ni..
bukan untuk jiwang tapi sebab saya suka..

Mencinta dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam

Kesuraman yang telah lama menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Diakhir pemergian mu itu


Tinggallah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati


Hanyalah dirimu
Yang bertakhta jiwaku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu
Kasih…

Saturday, May 16, 2009

makan dalam sampan??

hai.
cuba tengok gambar nih..



ada gmbar yg xjelas cikit



actually dah lama nk post entry nih..tp malas nk amik gmbar dalam handset nih..
masa makanan saya sampai tu, terkejut gak la...xpernah lagi makan dalam bekas camnih..so, saya amik gambar.nk share ngan suma..sape lagi yang pernah makan dalam pinggan camni?..share lah.

lokasi: johan's seafood.dekat dgn billion sg petani..

author's note: pelik kan ayat saya camni..harap suma faham

selamat hari cikgu..

selamat hari guru kepada suma classmate saya yg bakal menjadi guru..cikgu seni? saya mau jadi teacher..

selamat hari guru juga pada mama saya, mak long, mak uda, cik su, pakcu and moksu( dia suh saya eja maksu sedangkan saya panggil moksu je)

selamt hari guru pada cikgu2 sekolah kebangsaan sungai petani..terima kasih..

selat hari guru pada pensyarah2 kt maktab ni..
pada pensyarah kt uitm arau ,uitm jengka.see banyak tempat kan saya belajar..suma nya best..

Sunday, May 10, 2009

maksud hari lahir anda edisi 3

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Saturday, May 9, 2009

maksud hari lahir anda edisi 2

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Friday, May 8, 2009

maksud hari lahir anda

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em¿bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

salam hari jumaat

salam hari jumaat..
ari ni saya bercuti..rommate saya dah basuh langsir bilik.
dah lama xbasuh sejak sue pergi UPSI..sungguh tidak rajin saya ni kan..

malam td plak lupa nk tutup laptop..hehe..ni nama nya tidak menjaga alam sekitar, merugikan tenaga..maka harus berubah ni kan..

author's note:
xtau nak post entry apa..ari ni cuma senang lenang sahaja..
- satu lagi nak post entry yg dapat kt buletin tagged..
saje2 nk share apa yg ada kt situ..saya join suma yg ada kt internet ni..

Tuesday, May 5, 2009

SK IBRAHIM

hari ni dapat berita yang agak mengejutkan..
tapi apa pun, saya kena bersemangat..
pratikum kedua nanti..
kena mengajar di SK Ibrahim, Sg Petani..
all boys..
so, saya kena jadi lagi garang....
kawan2 yg pernah ngajar kt situ ada gak bagi
macam mana persekitaran kt situ..
budak2 kt situ..
berbilang kaum dan

so,
sape ada idea nk tackel kanak-kanak lelaki?
boleh la membantu saya..

Monday, May 4, 2009

god nite

feel very sleepy ..
esok xtau ada kelas apa.
yg pentng tdo dulu..
kerana saya sakit kepala.
good nite suma..

taman rekreasi gunung lang 2

kali ni,
biar gambar ceritakan segalanya..




papan tanda perasmian


no yg boleh dihubungi.sila klik utk besarkan gambar.

















Saturday, May 2, 2009

taman rekreasi gunung lang

sape orang ipoh mesti lah tau pasal tempat ni kan.
sape lagi yang pernah sampai kt tempat ni?

mula - mula, as set induksi, kite cerita pasal tempat ni dulu..
ambik notes atau bbm dari wikipedia..

Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.

Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.

Cara ke sana

* Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.

* Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.

Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

selesai sudah set induksi..
nanti nk upload gamabar2 plak..

Friday, May 1, 2009

aku jutawan!

TOMOK menang! SHAH INDRAWAN!
fisrt time ni artist menang!
dan Awal plak, dok panggil nama shah indrawan..
perli ke apa tu.

apa pun, tomok dah menang 1 000 000..
tapi OIAM ni, no 2 yang berjaya..
sape no 2 tu?
esther kot.

nantikan MENTOR season 3 plak..

grand finale one in a million 3

hi..
lamanya saya x update one in a million kan..
kata peminat tegar..
tapi tak update pun syaa tetap tengok.
siapa yang bakal menjadia jutawan?
tomok ? aweera ? esther?
adakah ketiga - tiga orang ni boleh masuk final?
kan peminat yg boleh pilih sama ada nak ketiga tiga orang ni masuk final atau tidak.
macam first season dulu, 3 orang masuk final.
season 2 plak, 2 orang je..
season ni?

sat gi nk publish sape yg masuk final..

selamat hari pekerja

selamat hari pekerja

kepada semua yang bekerja lah..

so, hari ni cuti sampai lah ari ahad..

best nya cuti..


author's note:
saya suka bercuti..dapat cuti tambahan sampai ari ahad..best xyah pg kelas..